Tuesday, December 30, 2008

Program Mass CPR-2




Pada 28 Disember 2008, telah diadakan Mass CPR-2 anjuran bersama Lions Club Division Jementah. Program tersebut telah diadakan di SJK(C) Jementah 1. Aturcara bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengahari.

Sunday, December 28, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009.


Kepada semua ahli St. John Ambulans Malaysia, SJAM Kawasan Segamat mengucapkan Selamat Tahun Baru. Diharap tahun 2009 yang tiba akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Saturday, December 6, 2008

Kursus dan Peperiksaan Pertolongan Cemas serta Perawatan Rumah Peringkat Kawasan Segamat.

Pada 26/11/08 hingga 28/11/08, SJAM Kawasan Segamat telah menganjurkan Kursus dan Peperiksaan Pertolongan Cemas serta Perawatan Rumah Peringkat Kawasan Segamat. Beberapa buah sekolah telah turut serta dalam program tersebut. Kursus telah diadakan di Ibu Pejabat St. John Ambulans Malaysia Kawasan Segamat. Seramai 38 0rang ahli telah hadir kursus tersebut.
Sekolah yang terlibat ialah :

1. S.M.J.K Seg Hwa
2. SMK Bekok
3. SMK Batu Anam
4. SMK C. Convent

Kursus tersebut berjalan lancar, SJAM Kawasan Segamat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Program Mass CPR Sempena Ulang Tahun Ke-100 St. John Ambulans Malaysia anjuran SJAM Segamat.












Pada 30 November 2008, St. John Ambulans Malaysia Kawasan Segamat telah menganjurkan Program Mass CPR Sempena Ulang Tahun Ke-100 St. John Ambulans Malaysia. Program tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Abdullah Segamat. Peserta yang hadir terdiri daripada masyarakat setempat, para pelajar sekolah serta badan swasta dan kerajaan. Program bermula pada pukul 10 pagi dan berakir pada pukul4 petang.