Tuesday, October 21, 2008

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Ambulans Kecemasan Lebuh Raya dan Jalan Raya Persekutuan Sempena Musim-Musim Perayaan









Pada 21 September 2008, telah diadakan Majlis Pelancaran Perkhidmatan Ambulans Kecemasan Lebuh Raya dan Jalan Raya Persekutuan Sempena Musim-Musim Perayaan bagi tahun 2008/2009. Majlis bermula pada pukul 10 pagi bertempat di SJK (C) Seg Hwa, Jalan Mentol, Segamat. Majlis ini telah dianjurkan oleh SJAM Negeri Johor Darul Ta'zim bersama SJAM Kawasan Segamat. Aturcara majlis bermula dengan ketibaan Y.B. En. Ayob bin Rahmat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemelah. Setelah selesai ucapan dari Pemerintah Kawasan, dan ucapan dari Y.B. Ayob bin Rahmat, Kelengkapan dan Buku Operasi diserahkan kepada station-station yg beroperasi mengikut SJAM Kawasan. Selain itu, terdapat pertunjukan Latihan Simulasi yang dipersembahkan oleh ahli-ahli SJAM Kawasan Segamat. Program Perkhidmatan Ambulans Kecemasan pada Musim-musim Perayaan Tahun 2008/2009 SJAM Negeri Johor dilancarkan oleh Y.B. En. Ayob Bin Rahmat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemelah. Beliau telah melepaskan konvoi ambulans-ambulans dari SJAM sekitar Johor, ambulans Hospital Segamat, kenderaan polis, bomba dan pertahanan awam.

Dikesempatan ini juga, pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Pelancaran Perkhidmatan Kecemasan Lebuh Raya dan Jalan Raya Persekutuan Sempena Musim-Musim Perayaan mengucapkan ribuan terima terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan dan pertolongan dalam menjayakan majlis pelancaran ini.

No comments: