Wednesday, July 8, 2009

Tugas Awam Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2009









Pada 7 julai 2009, St. John Ambulans Malaysia, Kawasan Segamat telah dijemput untuk memberikan bantuan kepada Hospital Segamat untuk siap sedia pada Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2009 yang berlangsung di Felda Moa'kil. Sambutan Hari Peneroka 2009 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Para pengunjung yang hadir hampir 20 ribu orang yang datang dari seluruh Malaysia.
Pasukan yang terlibat dalam Bahagian Perlindungan Perubatan terdiri daripada Bahagian Kecemasan Hospital Segamat, Klinik Kesihatan Cha'ah, Jabatan Pertahanan Awam, St. John Ambulans Malaysia Kawasan Segamat, Persatuan Bulan Sabit Merah Kawasan Segamat. Terdapat 5 buah ambulans yang telah bersiap sedia dalam menghadapi segala kemungkinan. St. John Ambulans Malaysia Kawasan Segamat telah menghantar 1 unit ambulans dan 1 pasukan pada hari tersebut.
Pasukan Ambulans SJAM Kawasan Segamat telah tiba seawal 6.30 pagi di Felda Moa'kil bagi mengelakan kesesakan dan bersiap sedia di kawasan yang diarahkan.
Program berjalan lancar tanpa berlaku kemalangan dan kecemasan.
Terima kasih kepada semua yang menjalankan tugas awam ini.

No comments: